Selamat datang ke blog saya. Nama saya NURUL AISYAH NG ABDULLAH PPG/BC/05/00804/2012/2/KIC. Blog ini mengenai subjek SAINS dan TEKNOLOGI tahun 1 (KSSR) dan tema yang saya pilih untuk bina blog ini adalah haiwan. Dalam blog saya mengandungi pelbagai maklumat iaitu bahan-bahan yang saya telah digunakan untuk mangajar murid saya. Tujuan blog ini dibina untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan dengan rakan-rakan yang mengajar subjek ini di sekolah.

Tuesday 4 December 2012



(JENIS HAIWAN BERTELUR)

Pengenalan awal mengenai haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur telah diberikan pada tempoh hari menerusi tayangan video melalui You Tube yang berjudul "What animals lay eggs?". Sekarang, tibalah masa untuk kita sama-sama mengenali dengan lebih lanjut apakah haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur? 




Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Penyu digolongkan di dalam haiwan vertabrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkarang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.

                                                             
                         
Burung Merak Hijau (bahasa Inggeris: Green Peafowl) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pavo muticus. Burung Merak Hijau adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas burung. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga burung. Burung Merak Hijau adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Merak Hijau terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dekenali sebagai ventrikel. Sebagai burung, Burung Merak Hijau membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Burung Unta(Nama sainsnya Struthio camelus

ketinggian : sehingga 2.5 meter (8 kaki). 

berasal     : savana dan separa-gurun Afrika di 
               utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. 

ciri-ciri    : berdarah panas, mempunyai sayap 
                dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah.
                Paruhnya tidak bergigi, mempunyai leher 
                yang panjang dan mampu memecut sehingga
                65kilometer sejam (40 batu sejam). 

terkenal   : sarang masyarakat dimana beberapa ekor
               burung betina akan bertelur dalam satu 
               sarang untuk diramkan oleh betina alpha
               pada waktu siang dan jantan pada waktu 
               malam. Telur burung unta adalah telur 
               terbesar. 




Selain daripada contoh-contoh yang diberikan di atas, 

haiwan-haiwan seperti ayam, buaya, katak, ikan, ketam,
lipas, cacing dan sebagainya juga membiak secara bertelur. 


Haiwan mamalia:
*Haiwan mamalia bermaksud haiwan yang melahirkan anak: 

Contoh Haiwan yang melahirkan anak :
    lembu, kerbau, kambing, gajah, singa, harimau, ikan paus dan ikan lumba-lumba

     
kambing



 ikan paus


kucing

CARA HAIWAN BERGERAK


                                                                                          

            1.     Haiwan bergerak untuk:

·        Mencari makanan
·        Melarikan diri daripada musuh
·        Mencari tempat untuk hidup
·        Mencari pasangan untuk membiak



2.     Haiwan boleh bergerak dengan pelbagai cara, contohnya:










JENIS HAIWAN DAN JENIS MAKANANNYA

Haiwan boleh dikelaskan mengikut jenis makanan yang dimakan.  Terdapat tiga jenis kumpulan haiwan iaitu :

i) haiwan yang memakan haiwan sahaja, contoh:





singa









harimau








helang










ii) haiwan yang memakan tumbuhan sahaja, contoh:


gajah




zirafah




lembu








iii) haiwan yang memakan haiwan dan tumbuhan, contoh:


beruang





ayam





itik