Selamat datang ke blog saya. Nama saya NURUL AISYAH NG ABDULLAH PPG/BC/05/00804/2012/2/KIC. Blog ini mengenai subjek SAINS dan TEKNOLOGI tahun 1 (KSSR) dan tema yang saya pilih untuk bina blog ini adalah haiwan. Dalam blog saya mengandungi pelbagai maklumat iaitu bahan-bahan yang saya telah digunakan untuk mangajar murid saya. Tujuan blog ini dibina untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan dengan rakan-rakan yang mengajar subjek ini di sekolah.

Latihan


1)Latihan cara bergerak haiwan:

2. Latihan meneka bunyian haiwan:


Refleksi:

Dalam tajuk ini, saya menggunakan slide power point untuk aktiviti pengajaran saya. Slide power point yang disembahkan adalah bagi murid mengetahui bunyi pelbagai jenis haiwan. Kekuatan dalam aktiviti ini adalah murid saya dapat memahami isi pelajaran saya dengan mudah. Hal ini kerana saya telah memaparkan contoh-contoh dengan gambar dalam power point untuk mebuat penjelasan. 

3.Borang pengurusan grafik

Saya memaparkan dua gambar haiwan iaitu kura-kura dan arnab kepada murid buat pemerhatian. Berdasarkan 2 gambar tersebut saya menyoalkan perbezaan dan persamaan di antara dua haiwan. Pada mulanya, saya menggunakan soalan yang terus dan senang difahami oleh murid iaitu haiwan yang mana satu mempunyai cengkerang? Haiwan yang manakah mempunyai telinga? Soalan yang ditanya hanya mempunyai satu jawapan sahaja supaya mereka tidak keliru serta menjawabnya dengan tepat. Seterusnya barulah saya mengemukakan soalan yang lebih kompleks, soalan yang kemungkinan mempunyai lebih daripada satu jawapan iaitu apakah persamaan kedua-dua haiwan ini pula? Apakah perbezaan kedua-dua haiwan ini? Dengan ini, saya mendapati kebanyakkan murid-murid dapat menyertai aktiviti pengajaran-pembelajaran dengan baik.
sumber

No comments:

Post a Comment